TOKOH PERUBATAN ISLAM (AL-RAZI)
(864-903)
Nama sebenar beliau ialah Abu Bakr Muhammad Ibn Zakariya Al-Razi.Beliau dikenali di Barat sebagai Rhazes. Beliau yang berbangsa Parsi Beliau pernah digelar sebagai Jalinus Arab (Galen of the Arab) dan pernah menjadi guru kepada Ali Ibn Rabban al-Thabari,Hunayn Ibnu Ishaq dan Ibn Sina Dalam masa yang sama beliau juga belajar matematik, astronomi, sastera, dan kimia dan belajar ilmu falsafah. Ar-Razi amat menonjol dalam bidang kimia dan perubatan.
SUMBANGAN
Al-Razi telah memberi banyak sumbangan dalam bidang perubatan. Antaranya :
A) Beliau merupakan orang yang pertama yang menemui penyakit campak dan cacar
B) Al-Razi juga adalah orang yang pertama memperkenalkan alkohol (Bahasa Arab: Al-Kuhl) untuk tujuan perubatan.
C) Orang yang pertama menggunakan opium (dadah) untuk tujuan bius.
D) Beliau juga menekankan kaitan antara makanan dan kesihatan. Beliau mengaitkan ini sebagai hasil pengaruh faktor psikologi terhadap kesihatan.
E) Al-Razi adalah orang yang pertama membincangkan mengenai penyakit katarak iaitu sejenis penyakit mata.Beliau pernah menjalankan pembedahan memulihkan selaput mata dengan cara menarik keluar lensa
F) Al-Razi juga pernah membuat kajian mengenai penyakit batu karang di mana beliau mendapati litoriti merupakan proses untuk menghancurkan batu karang dalam pundi-pundi kencing kepada bahan-bahan kecil supaya senang dikeluarkan melalui saluran kencing.
G) Selain daripada itu, beliau juga telah memberikan sumbangan dalam usaha mengubati penyakit cacar dan campak.Al-Razi merupakan orang yang pertama membezakan kedua-dua penyakit ini seterusnya membuat kajian sistematis mengenai penyakit tersebut.
Kesimpulannya……
Kesimpulannya, serangan ideologi yang berpunca daripada dalaman telah menjadi satu fitnah yang tidak harus dipandang ringan oleh umat Islam. Usaha telah dijalankan oleh musuh-musuh Islam untuk merekrut agen-agen penyebar kesesatan di kalangan umat Islam sendiri. Paling malang ialah ada umat Islam yang merelakan diri mereka diperalatkan sama ada secara sedar ataupun tidak oleh anasir-anasir yang mempunyai niat jahat terhadap agama Islam. Golongan ini melancarkan kempen yang hebat melalui sokongan internet dan media masa bagi mewujudkan Islam versi baru yang kononnya bersifat maju, progresif dan moden, sedangkan ia hanyalah Islam yang menurut hawa nafsu golongan yang telah dirasuk syaitan.
Islam tulen yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. dan yang dipraktikkan oleh generasi awal (Salafus salih) adalah Islam yang sentiasa maju dan progresif. Hanya kelemahan umat mutakhir dalam berpegang teguh dengan ajaran Islam yang sebenar membuatkan mereka mundur kebelakang. Kemunduran umat Islam hari ini tidak ada kaitan dengan agama Islam. Umat Islam yang terdahulu telah maju, dan mereka maju kerana mengikuti apa yang telah menjadikan umat sebelum mereka maju (yakni Al-Quran dan As-Sunnah melalui pentafsiran yang sahih). Amat malang umat hari ini yang mengaku dirinya moden dan maju, sedangkan ia membelakangkan apa yang telah menjadikan majunya umat terdahulu (yakni Al-Quran dan As-Sunnah melalui pentafsiran yang sahih). Imam Malik pernah berkata, “Tidak akan menjadi baiknya suatu kaum melainkan dengan apa yang menjadi baiknya umat terdahulu”.
Sungguh benar kata-kata ini kerana kemajuan yang diwar-warkan oleh golongan modenis ini hanyalah khayalan mereka semata-mata. Golongan ini telah meletakkan kayu ukur yang salah terhadap erti kemajuan. Dalam keghairahan mereka mengejar erti kemajuan, mereka ini masih tidak ke mana. Negara di Asia Barat seperti Turki yang melalui pensekularan nilai-nilai hidup selama hampir satu abad masih tidak ke mana-mana. Mereka masih ketinggalan dari segi ekonomi, sains dan teknologi. Lebih malang ialah keruntuhan akhlak bertambah serius, tekanan hidup bertambah kronik, manusia semakin hilang punca, jauh sekali untuk mereka mampu membela nasib umat Islam yang ditindas di seluruh dunia. Sekurang-kurangnya datuk nenek mereka masih mampu membina empayar Osmania yang mencapai puncak kegemilangan tamadun dunia selama hampir tujuh abad tanpa perlu mengejar nilai-nilai sekular barat sebagaimana yang menjadi kegilaan golongan modenis ini.
Rujukan :-
1.http://papisma.org/index/?p=153
2.https://ms.wikipedia.org/wiki/Abd_al-Rahman_al-Sufi
3.http://tokohislam2u.tripod.com/id3.html
4.http://fahrizal91.blogspot.my/2015/04/biografi-hunain-bin-ishak.html
No comments:
Post a Comment